Kemas kini dan ramalan pasaran

Ulasan analisis Forexmart memberikan maklumat teknikal terkini mengenai pasaran kewangan. Laporan ini mengandungi arah aliran saham, ramalan kewangan, laporan ekonomi global, dan berita politik yang mempengaruhi pasaran.

Disclaimer:  ForexMart tidak memberikan nasihat pelaburan dan analisis yang disediakan tidak boleh ditafsirkan sebagai jaminan untuk hasil dagangan yang akan datang.

Tinjauan dan isyarat dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 21 November. Laporan COT. Analisis keadaan pasaran. Pound Britain lebih optimis berbanding euro.
01:21 2022-11-21 UTC--5

Analisis pasangan mata wang GBP/USD, Carta 5 minit

Pasangan mata wang GBP/USD juga menunjukkan pergerakan yang sangat tidak memberangsangkan pada hari Jumaat dan juga berada dalam saluran mendatar. Bagaimanapun saluran ini adalah lebih luas daripada saluran untuk euro, yang boleh dihadkan oleh tahap 1.1760 dan 1.1974. Oleh itu, ini bermakna bahawa pound juga berada dalam keadaan mendatar, cuma tidak sedalam euro. UK telah menerbitkan laporan penjualan runcitnya pada hari Jumaat, yang merekodkan bacaan sedikit lebih tinggi berbanding ramalan pada bulan Oktober. Walau bagaimanapun, pedagang tidak begitu gembira mengenainya. Pound benar-benar kekal berada di satu tempat sepanjang hari. Aliran menaik secara rasmi kekal. Secara formalnya, oleh kerana trend mendatar boleh bertahan selama seminggu atau dua tiga minggu, dan lambat laun harga akan turun di bawah garis trend. Dan ia tidak akan dianggap sebagai isyarat untuk menjual kerana dalam keadaan trend mendatar, boleh dikatakan semua petunjuk arah aliran berhenti memberikan isyarat yang kuat dan betul. Dari sudut teknikal, pound mengekalkan peluang yang baik untuk mengukuh, tetapi dari sudut fundamental, tidak ada sebab untuk harga meningkat.

Isyarat dagangan untuk pound juga semudah yang mungkin, kerana hanya terdapat satu isyarat untuk sepanjang hari, dan ia tidak jelas. Harga melantun dari tahap 1.1874 semasa sesi dagangan AS, selepas itu ia berjaya naik sebanyak 45 mata. Pedagang boleh mendapat keuntungan sekiranya mereka menutup pesanan mereka secara manual.

Laporan COT

analytics637ac0d1ddf9e.jpg

Laporan Komitmen Pedagang (COT) terkini mengenai GBP mencatatkan sedikit penurunan dalam sentimen penurunan harga. Dalam tempoh tertentu, kumpulan bukan komersial menutup 1,900 pesanan membeli dan 11,500 pesanan menjual. Oleh itu, pesanan bersih pedagang bukan komersial meningkat sebanyak 3,000, yang mana angka ini sangat kecil untuk pound. Pesanan bersih secara beransur-ansur berkembang pada bulan-bulan lepas, tetapi mood pemain utama masih menurun. Pound telah meningkat dalam beberapa minggu kebelakangan ini, tetapi setakat ini nampaknya ia tidak bersedia untuk aliran menaik jangka panjang. Dan, jika kita ingat akan situasi euro, maka berdasarkan laporan COT, kita tidak boleh mengharapkan lonjakan harga. Permintaan untuk mata wang AS kekal sangat tinggi, dan pasaran, nampaknya, hanya menunggu kejutan geopolitik baharu untuk kembali membeli dolar. Kumpulan bukan komersial itu kini mempunyai sejumlah 67,000 pesanan menjual dan 34,000 pesanan membeli telah dibuka. Seperti yang kita dapat lihat, terdapat jurang yang luas di antara mereka. Ternyata euro kini tidak dapat menunjukkan pertumbuhan apabila sentimen pasaran adalah menaik. Apabila ia datang kepada jumlah bilangan pesanan membeli dan menjual, di sini aliran menaik mempunyai kelebihan sebanyak 17,000. Namun, ini tidak mencukupi untuk sterling mengukuh. Walau bagaimanapun, kami masih ragu-ragu tentang pertumbuhan jangka panjang pound walaupun gambaran teknikal menunjukkan perkara yang sebaliknya.

Analisis pasangan mata wang GBP/USD, Carta 1 Jam

analytics637ac0d7ce072.jpg

Pasangan mata wang pound/dolar memulakan pembetulan yang lama ditunggu-tunggu pada carta 1 Jam, tetapi setakat ini ia melemah, dan keseluruhan pergerakan minggu lalu lebih seperti trend mendatar. Kami percaya bahawa pertumbuhan pound dalam beberapa minggu lepas adalah tidak wajar, jadi kami menjangkakan pembetulan menurun yang lebih kukuh. Walau bagaimanapun harga mungkin menghabiskan sedikit masa dalam saluran mendatar 1.1760-1.1974. Pada Isnin, pasangan mata wang ini cenderung untuk diniagakan pada tahap berikut: 1.1486, 1.1645, 1.1760, 1.1874, 1.1974-1.2007, 1.2106, 1.2185, 1.2259. Garis Senkou Span B (1.1500) dan Kijun Sen (1.1679) juga boleh menjana isyarat. Penarikan semula dan penembusan harga melalui garis ini juga berpotensi untuk menghasilkan isyarat dagangan. Pesanan Stop Loss harus ditetapkan pada titik pulang modal selepas harga melepasi 20 pip ke arah yang betul. Indikator garis Ichimoku mungkin bergerak pada siang hari, yang harus diambil kira semasa menentukan isyarat dagangan. Selain itu, carta menggambarkan tahap sokongan dan rintangan, yang boleh digunakan untuk menetapkan keuntungan. Laporan dan acara ekonomi penting tidak dijadualkan pada hari ini di UK dan Amerika Syarikat. Oleh itu, kemungkinan besar, pasangan mata wang ini akan kekal berdagang dalam saluran mendatar yang kami nyatakan di atas.

Apa yang kita lihat pada carta dagangan:

Tahap harga sokongan dan rintangan adalah garis tebal merah, yang menandakan bahawa pergerakan mungkin berakhir. Ia tidak menyediakan isyarat dagangan.

Garis Kijun-sen dan Senkou Span B ialah garisan indikator Ichimoku, dipindahkan ke carta 1 Jam daripada carta 4 Jam. Ia adalah merupakan garis yang kuat.

Tahap ekstrem ialah garis halus merah dari mana harga melantun lebih awal. Ia menyediakan isyarat dagangan.

Garis kuning ialah garis arah aliran, saluran aliran dan sebarang corak teknikal lain.

Indikator 1 pada carta COT menggambarkan jumlah pesanan bersih bagi setiap kategori pedagang.

Indikator 2 pada carta COT menggambarkan jumlah pesanan bersih untuk kumpulan bukan komersial.

Maklum Balas

ForexMart is authorized and regulated in various jurisdictions.

(Reg No.23071, IBC 2015) with a registered office at Shamrock Lodge, Murray Road, Kingstown, Saint Vincent and the Grenadines

Restricted Regions: the United States of America, North Korea, Sudan, Syria and some other regions.


© 2015-2024 Tradomart SV Ltd.
Top Top
Amaran Risiko
Pertukaran wang asing amat spekulatif dan kompleks, dan mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur. Perdagangan forex boleh menghasilkan keuntungan atau kerugian dalam jumlah yang besar. Oleh itu, adalah tidak digalakkan untuk melaburkan wang sekiranya anda tidak bersedia untuk menanggung kerugian. Sebelum menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh ForexMart, sila fahami risiko yang berkaitan dengan perdagangan forex. Dapatkan nasihat kewangan bebas sekiranya perlu. Harap maklum bahawa prestasi masa lalu atau ramalan bukan petunjuk yang boleh dipercayai untuk hasil di masa hadapan.
Pertukaran wang asing amat spekulatif dan kompleks, dan mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur. Perdagangan forex boleh menghasilkan keuntungan atau kerugian dalam jumlah yang besar. Oleh itu, adalah tidak digalakkan untuk melaburkan wang sekiranya anda tidak bersedia untuk menanggung kerugian. Sebelum menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh ForexMart, sila fahami risiko yang berkaitan dengan perdagangan forex. Dapatkan nasihat kewangan bebas sekiranya perlu. Harap maklum bahawa prestasi masa lalu atau ramalan bukan petunjuk yang boleh dipercayai untuk hasil di masa hadapan.